Sunday, July 11, 2010

(World Cup 2010) Pasukan Pilihanku Kecundang, #NED vs #ESP Di Perlawanan Akhir

Seperti yang korang semua dah sedia maklum, Germany telah dikecundangkan oleh Sepanyol pada perlawanan separuh akhir antara mereka yang berlangsung pagi tadi. Nampaknya, ramalan si ‘paul the octopus‘ betul (tapi yang ni jangan percaya bulat-bulat, anggap saja ianya satu kebetulan). Agak kecewa juga bila pasukan yang aku nak lihat beraksi di perlawanan akhir gagal melayakkan diri.




Jika dilihat dari perlawanan tu, aku sendiri dah boleh agak yang Germany akan kalah sebab sedari awal permainan, bola lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol. Ditambah lagi dengan serangan bertubi-tubi yang benar-benar membuatkan penyokong Germany tak senang duduk. Kalau ada yang sakit jantung, silap-silap boleh ‘gol’ dibuatnya. Huhu.. Manakala Germany pula aku lihat lebih banyak bertahan. Dan paling tak boleh blah, permainan diorang seakan tak menjadi.

Tapi semuanya sudah pun berlaku dan harapan hanya tinggal harapan, jadi terima sajalah walaupun kenyataannya agak pahit untuk diterima T_T

World Cup 2010 pula sudah sampai ke penghujungnya dimana Netherlands (NED) dan Spain (ESP) akan beraksi pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 12. Julai 2010 jam 2.30 pagi waktu Malaysia. So, pasukan manakah yang menjadi pilihan korang untuk menjulang dan membawa pulang ‘piala cawan’ bersalut emas tu?

Jika dilihat dari permainan kedua-dua pasukan pada separuh akhir, aku pilih ESP yang akan membawa pulang ‘piala cawan’ tu sebab diorang punya pertahanan dan serangan agak seimbang. Tapi NED yang sinonim dengan permainan ‘lambat panas’ pula tak boleh dipandang enteng sebab permainan diorang agak sukar untuk dijangka.

Akhir kata. hopefully Germany layak masuk ke World Cup 2014 nanti.