Wednesday, December 5, 2018

Pemasaran SEO – Mari Belajar SEO Dengan Cara Yang Ringan

Ini bukanlah segmen Pagi Era bersama Ray “Mari Belajar bahasa Inggeris dengan cara yang ringan” seperti yang kita dengar setiap hari tu yea, tapi ini segmen belajar SEO dengan Aqif Azizan… heh heh

Pemasaran SEO – Kenapa Google Tidak Ajar Rahsia Ini?

Apabila bercerita mengenai pemasaran SEO, apa yang akan bermain dalam fikiran para blogger dan kebanyakan usahawan Internet?

Kajian kata kunci atau keyword research… betul?

Lagi?

Backlink. Pun betul!

Namun begitu, kedua-dua strategi yang digunakan di atas akan menjadi sia-sia pada tahun ini. Sekiranya kita tidak menyelongkar rahsia tambahan yang disembunyikan oleh kebanyakan syarikat gergasi enjin carian.



Khususnya, si Google.

Baru-baru ini, Google mengumumkan beberapa perkara penting yang akan memberikan kesan terhadap kedudukan laman web kita.

Mereka mengumumkan, pengubahsuaian ranking laman web bukan lagi berdasarkan sistem algoritma semata-mata. Mereka turut mengambil kira tentang sistem sosial.

Benar.

Bagaimana pengguna Internet menggunakan laman web. Sejauh mana kadar interaksi kita apabila berada di laman web kita.

Kini SEO (Search Engine Optimization) bukan sekadar optimasi enjin carian. Tetapi optimasi untuk kepuasan pengguna Internet.

3 Rahsia Google Mahu Dedahkan
Rahsia-rahsia ini mungkin kelihatan seperti perkara biasa. Tetapi disebabkan ia perkara biasa, maka kebanyakan pemilik laman web mengambil mudah. Mereka melakukan perkara yang berkaitan dengan optimasi luaran…

Bukan optimasi dalaman. Tapi penambahbaikan terhadap struktur laman web itu sendiri.
Berikut adalah 3 rahsia yang perlu kita ketahui. Bukan esok, bukan lusa, bukan tulat. Tetapi sekarang.

#1 – Button Social Sharing
Penggunaan button-button social sharing seperti:
  • Facebook Likes
  • Google +1 Likes
  • Pinterest
  • Twitter
  • Dan sebagainya...

Perlu diutamakan dalam struktur laman web kita. Kerana Google mengambil kira interaksi yang berlaku apabila pelawat berkunjung ke laman web.

Justeru itu, bagi pengguna WordPress, sila gunakan plugin-plugin yang mempunyai social sharing. Dalam masa sama, sentiasa galakkan pelawat untuk melakukan interaksi.

Seperti mengajak mereka untuk klik pada button ‘Likes’ jika mereka suka dengan laman web kita. Aktiviti seperti ini mendorong laman web kita dipandang tinggi oleh enjin carian.

#2 – Design yang Bersih (Tanpa Kod yang Selekeh)
Mula mengambil serius tentang design laman web. Terima hakikat jika design laman web kita benar-benar buruk di mata pelawat. Kemudian ambil langkah inisiatif untuk memperkemaskan lagi menerusi penyedia servis reka bentuk design laman web yang ada di Malaysia.

Mungkin dalam kes ini, tuan empunyai Rohaizad.com ini boleh membantu.

Sebaiknya, design laman web itu perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

Bersih.
Tidak terlalu semak dengan kod-kod yang banyak.

Penggunaan warna yang minimum (3 warna maksimum).

#3 – Lajukan Kadar Loading Laman Web
Semakin lambat laman web kita loading, semakin mudah untuk kedudukan laman web kita jatuh.
Semakin lambat laman web kita loading, semakin mudah ia membosankan pelawat yang melawat laman web kita.

Percaturan yang mudah untuk difahami.

Justeru itu, sentiasa optimasikan laman web kita supaya ia cepat loading. Optimasi boleh dilakukan pada beberapa elemen seperti:

  • Muat naik gambar yang bersaiz kecil.
  • Buang plugin-plugin laman web yang tidak perlu.
  • Buang elemen multimedia yang tidak perlu (lagu, video dan sebagainya).
  • Minimumkan penggunaan warna pada laman web.

Semoga dengan ketiga-tiga perkongsian penting mengenai SEO di atas, dapat membantu kita memperbaiki isu dalaman yang dapat memberikan impak yang besar terhadap kedudukan laman web.

Bak kata pepatah, “Jika mahu ubah yang luar, ubah yang dalam dahulu.” Justeru itu, kami berbesar hati untuk menjemput anda ke…

Wednesday, September 5, 2018

Video Mengajar Buat Sendiri Kad Kahwin

Buat sendiri kad perkahwinan adalah satu proses yang panjang tetapi ia juga menyeronokkan. Sebab terbesar mengapa saya nak buat sendiri kad perkahwinan dan bukannya pergi ke kedai cetak adalah kerana saya memerlukan kad kahwin yang unik dan bukan seperti orang ramai yang pakai tu terlalu biasalah.

Selain daripada tu, I juga nak jimatkan wang sebab saya mempunyai bajet yang ketat. Jika I bagi kedai cetak untuk cetak kad itu, tentu ia telah menelan belanja lebih banyak daripada apa yang saya membayar untuk kertas dan sampul surat.

Dalam video ini, saya akan menunjukkan anda kad perkahwinan buatan tangan saya dan beberapa alat-alat yang saya telah gunakan untuk membuatnya. Mudah-mudahan ia akan memberikan anda beberapa inspirasi apabila anda membuat kad anda sendiri.


Sekiranya anda ingin dapatkan bantuan tool online untuk design kad kahwin anda, boleh anda rujuk ke laman ini yang ada rekomen beberapa laman yang boleh anda pakai untuk buat design.

Sunday, July 22, 2018

Adakah Berguna Untuk Update Blog Setiap Hari?

Kenapa perlu update setiap hari jika memenatkan?

Setiap kali melakukan pencarian untuk menaiktaraf blog, maka saya akan dapat melihat senarai-senarai nasihat yang boleh digunapakai untuk memantapkan blog dan menambah kunjungan pembaca ke blo,ianya  disediakan oleh banyak blog SEO diluar sana. Antara yang paling popular dicadangkan oleh pakar ialah ” Perlu Update Setiap Hari“.

Ini antara advice yang diberikan oleh sesetengah Blogger SEO tersebut, dan sebenarnya ia ada kelebihan dan ada kekurangannya dalam dunia blogging. Mari sama-sama kita pelajari perkara ini untuk memantapkan lagi Blog kita.

Ramai orang menyangka update setiap hari adalah jalan untuk meningkatkan traffic kerana pembaca tidak akan bosan melayari web kita setiap hari.Namun sedar atau tidak perkara ini ada keburukan dan kebaikan yang boleh memudaratkan bilangan pengunjung ke blog kita.Apa sebabnya?

Kebaikan :
  • Pengunjung sentiasa gembira melayari blog kita bila ada sahaja perkara baru setiap hari
  • Dapat menambah pembaca jika melibatkan isu sesama melalui carian google
  • Membuatkan blog sentiasa update dan hidup
  • Pengunjung sukakan perkara baru setiap hari

Keburukan :

  • Penulis blog akan menghadapi tekanan berikutan perlu memikirkan apa yang nak di update
  • Kualiti setiap post tidak dapat ditetapkan berikutan terlalu banyak update
  • Update setiap hari dengar seperti menarik namun ia menyiksa jiwa seorang blogger
  • Penulisan menjadi karut dan kacau bilau kerana kurang tumpuan dari blogger
  • Menyebabkan kebosanan pada blogger


Petua
Pastikan anda mempunyai target mingguan. Sebagai contoh targetkan dalam seminggu 4 kali update atau sebagainya.Ini mengelakkan anda menghadapi tekanan di samping dapat mengekalkan jumlah update pada kitaran yang normal.Jangan tekankan diri anda untuk update setiap hari kecuali anda membuat portal hiburan/berita.


Monday, June 25, 2018

Report Card – Teringat Zaman Sekolah

Masa zaman sekolah rendah dulu 1 perkara sahaja yang membuatkan saya kecut perut bila sampai waktu nya.Setiap kali dapat repot kad,saya akan jadi tak berselera hendak makan,tidur tak lena,mandi tak basah,bukan sebab jatuh cinta,tapi sebab repot kad terpaksa ditunjuk kan kepada atuk.Atuk sangat garang bila bab kemajuan pelajaran anak dan cucu nya.Biasanya saya adalah cucu terakhir yang akan diperiksa,walaupun markah tidak terlalu teruk – cukup makan tapi kegarangan arwah memang sentiasa ditakuti oleh anak dan cucu nya.



Zaman tu dah lama berlalu,kini turn anak sulong saya pulak.Dari apa yang yang saya tengok,dia buat muka selamba dan tak ada apa-apa rasa takut – saya pulak yang rasa takut.Hari Khamis yang lepas repot kad dah tersedia diletakan atas meja tunggu untuk diperiksa. Saya balik kerja agak lewat,jadi anak sulong dah tidur,maka terselamatlah dia dari bebelan – taktik lama tu.

Saya periksa kad nya,ada 3 mata pelajaran yang lemah Matematik,Bahasa Malaysia(penulisan) dan juga Jawi.Lepas ni akan diberi latihan yang lebih untuk ketiga-tiga mata pelajaran.Guru kelas kata,secara keseluruhan baik dan perlu banyak latihan di rumah.Rasanya perlu atau tidak untuk saya hantar di ke kelas tuisyen? – anak saya tahun 3.Cikgu-cikgu sila bagi respon hehehe…..

Untungnya anak-anak zaman sekarang. Masa saya sekolah dulu, tak ada orang nak ambil kisah result elok ke tidak. Mama saya hanya nak saya berjaya dalam bidang agama je untuk bekalan akhirat. Bestnya kena urut…isteri mithali…

Tapi kira ok ler tu, akak dulu kalau kelas ada 30 orang, akak dapat nombor 31, memang teruk sangat2, emak/ayah tak pernah marah or pukul tapi abang2 ku yang akan marah2 dan pukul…huhu ciannnn aku masa tu…masa terus berlalu semakin lama semakin matang, akhirnya aku berjaya dalam kerjaya dan sekarang ni dalam biznes…. terimakasih Tuhan…

Tentang SPA tu, ciannnn isteri @ alina (bila penat isteri lah di cari), masa sihat awekzzz lah di cari :D apa pun bersyukur dengan setiap pemberianNya, belai lah iya dan jaga lah iya…. ni mak pesan tau tau tau….

Tuesday, May 22, 2018

E-Penyata Gaji di Malaysia

Semak Slip Gaji Online | Jabatan Akauntan Negara

Sekarang ini semuanya dihujung jari. Bagi kakitangan awam yang mahu semak slip gaji atau mahu mendapatkan penyata gaji boleh didapati secara online. Laman sesawang untuk membuat semakan gaji ini disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Bagi yang sudah mendaftar boleh terus ke laman e-penyata gaji tersebut.


Login bagi pengguna yang sudah berdaftar sebelum itu.


Kalau yang belum mendaftar, boleh ke daftar di sini.
Kemudian, isi ruangan yang diperlukan.


Penyata gaji ini boleh didapati dalam laman sesawang ANM sehari sebelum pembayaran gaji dibuat pada bulan tersebut. Melalui sistem ini, kita boleh semak penyata bagi gaji bulanan dan juga tahunan.

Ini cuma artikel yang sangat ringkas yang saya tulis untuk memberitahu para pembaca bahawa kerajaan sudah ada kemudahan sedemikian bagi memudahkan semua kakitangan kerajaan untuk membuat semakan gaji mereka masing-masing secara online tanpa perlu pergi ke cawangan kewangan tempatan dan beratur.

Jadi macam ini ia dapat menjimatkan banyak masa bagi kesemuaan orang dengan mereka boleh duduk di rumah dan buat semakan dengan sambung ke laman e-penyata gaji tu.

p/s: rasanya dah ramai yang gunakannya. Kalau yang belum boleh mendaftar.

Sunday, May 20, 2018

Petua Hilangkan Batuk

Batuk merupakan satu penyakit yang sinonim di seluruh dunia dan tiada kecuali di rantau ini. Semua orang mesti pernah mengalami penyakit batuk-batuk biarpun kanak-kanak atau orang dewasa. Saya sendiri pun baru saja sembuh dari penyakit ini. Jadi saya rasa “terpanggil” pula untuk berkongsi sikit petua untuk hilangkan batuk supaya dapat bermanfaat bagi semua pembaca.

Di bawah merupakan makanan dan minuman yang boleh diambil untuk menghilangkan penyakit batuk seseorang:

1. Makanan Yang Pedas
Orang tua-tua selalu kata makanan pedas memburukkan lagi batuk,tetapi itu adalah mitos. Makanan pedas seperti cili sebenarnya baik dimakan ketika batuk. Capsaicin ialah kimia dalam makanan pedas yang mampu menipiskan kahak.

2. Sup Ayam
Sup ayam mempunyai kesan anti-radang dan menyejukkan tekak anda. Mikronutrien dalam bahan-bahan sup ayam tersebut juga baik untuk sistem imun tubuh.

3. Minum Air
Setiap kali kita sakit,tubuh kita akan kehilangan air lebih banyak berbanding ketika tidak sakit,jadi pastikan anda meminum air yang lebih.Tetapi elakkan minum air sejuk ketika batuk.Air suam atau suhu bilik sangat sesuai.

4. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk sistem imun tubuh. Mengambil makanan kaya Vitamin C ketika sakit sangat berkesan. Antara makanan yang kaya Vitamin C ialah betik, brokoli, tomato, limau, kiwi, lobak, kobis, nenas, bawang putih dan banyak lagi.

5. Minum Teh
Teh hangat yang dicampur madu juga sangat berkesan untuk melegakan batuk.Teh menenangkan otot-otot pada tekak sementara madu menjadi lapisan pelindung sementara bagi tekak.
 
Elakkan juga minum minuman berkafein, susu dan soda. Susu bertindak balas menebalkan kahak. Dapatkan tidur yang cukup kerana ketika tidurlah proses penyembuhan berlaku. Sekiranya batuk anda berlarutan lebih dari 2 minggu, segeralah berjumpa doktor.



Semoga petua hilangkan batuk ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah ini.

Jika apa yang saya kongsikan tidak dapat menyembuhkan, boleh juga anda rujuk kepada 10 cara dan petua untuk hilangkan batuk dan sakit tekak ini.

Wednesday, May 16, 2018

Blog Oh Blog! Apa Ada Dengannya?

Al-kisah blog ini pernah wujud suatu masa dahulu. Si pemilik begitu teruja untuk memiliki blog. Namun, ia hanya hangat-hangat tahi ayam. Panas disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Blog ini bersawang bak kata blogger-blogger muda. Sedih wei!!!

Namun, berbekalkan semangat MERDEKA yang masih membara dan setelah melalui proses transformasi,  blog ini dibangunkan semula demi mencapai cita-cita sang pemiliknya. Mungkin ini semua ada kaitannya dengan entri BLOG ini. Entri tersebut membuatkan aku terpikir sejenak. Maklumat yang disampaikan cukup ‘in’ dengan jiwa dan pemerhatian aku.

So, aku harap dengan adanya blog ini, aku mampu berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat korang tak kira dalam apu jua perkara. Mungkin hari ini entri sedih, esok lusa mungkin hepi pulak kan. Biasalah roda hidup takkan asyik nak suka jer kn…Sebagai Hamba, kita selayaknya diuji kan?
Oklah, moga DIA beri aku kekuatan untuk terus menulis, menulis dan menulis.

Kenapa saya kena ada blog?
1. Saya boleh kongsi banyak perkara dengan masyarakat.
2. Saya nak bina hubungan dengan pelanggan dan bakal-bakal pelanggan.
3. Saya boleh promosi produk saya dan produk orang lain dengan lebih santai.

Kenapa blog saya kena cantik?
1. Saya sukakan benda yang cantik (kesempurnaan). Ini fitrah manusia.
2. Saya akan takde mood untuk ‘update’ blog saya kalau ianya tak cantik dan kemas. (dah banyak kali saya tukar theme)
3. Saya nak orang lawat blog saya dan komen entri saya..hehe

Apa matlamat saya dengan blog ini?
1. Saya boleh jawab soalan pelanggan/pelawat dengan lebih efisien.
2. Anda boleh kongsi jawapan dan pendapat ke atas perkara yang dibincangkan.
3.  Saya boleh perbaiki kemahiran menulis.
4. Saya nak kurangkan kebergantungan saya dalam email marketing..:)

Jadi, jom blogging kawan kawan…;)

Sunday, April 29, 2018

Season Yang Tidak Ada Kerja

Dulu ada la alasan aku tak update sebab kerja. Sekarang dah tak kerja pun sama je. Dasar orang bebas betul aku ni. Sheesh! Yang paling susah sebenarnya dalam berblogging ni sebenarnya adalah konsistensi untuk seseorang blogger tu post entri setiap hari. Ini adalah rumit bagi seorang penulis yang tak true macam aku. Takde isu yang aku nak komen, takde masalah untuk aku kupas. Walhal, bersepah je. Cuma aku ni je yang takde passion untuk sesuatu yang memerlukan penulisan. Ya. Penulisan itu sebenarnya rumit. Lebih rumit daripada Politik Di Malaysia.

Semua orang boleh menulis, tapi tak semua adalah penulis yang hebat. Ada blogger yang suka menceritakan hal-hal peribadi di blog sendiri. Itu bukan aku. Ada blogger yang suka copy paste cerita daripada blog lain. Itu juga bukan aku. Ada blogger yang suka cerita pasal politik mendedahkan keburukan parti lawan semata-mata. Ini adalah kemaluan. Politik di Negara Islam yang MAJU ini semakin lama semakin buruk. Negara Maju 2020? Mustahil dengan senario politik yang tidak sihat ini kita mampu menjadi Negara Maju. Correct me if i’m wrong.

So actually sekarang ni aku berada di Crowne Plaza. Chill kat sini dengan beberapa orang rakan. Disebabkan bosan yang teramat, maka lahirlah entri ni. Let see what can i write in the next post. Till then. See you!



Pemandangan waktu aku tengah tulis entri ni. Aku juga tak pasti kenapa aku letak gambar ni. Maaf

Saturday, April 28, 2018

Beza Antara Friends dan Best Friends

Hmm, sebut pasal best friends. Teringat dekat kawan lama. Tapi, cerita lama bolehlah tutup saja buku. Sayangilah dan hargai kawan-kawan kita semua. Buruk baik mereka, hormatilah mereka dan jaga hati. Selamat berhibur dengan 9GAG!!! Sayang kamu semua  ;)Salam, macam dah lama tak update blog kesayangan ni kan? Tapi, untuk sesi pemanasan semula mari kita layan gambar di bawah. hahahaha!!! Simple but nice. Sekarang ni, virus 9GAG makin meluaskan empayar (ayat tak boleh tahan). Sebenarnya, laman web macam ni tak berapa nak tengok tapi bosan-bosan terlayan juga.

Mana-mana gambar yang tak elok tu, janganlah tengok. Sendiri buka, sendiri tahu bataslah kan. hehehe!!! Tapi, kalau tak nak ada dosa terus jangan buka. Memang laman web 9GAG ni kurang sesuai untuk tujuan baik-baik. Sila faham maksud. Tapi, saya tak lah baik sangat sampai tahap tak layan terus.

Oke, sekarang cuba lihat gambar yang saya ambil daripada laman web 9GAG ni. Beza antara friends dan best friends. Saya layan gambar ni, dan baca dialognya je sudah cukup buat saya gelak. Banyak yang betul!!! Hahahaha!!! Lagi kita rapat dengan seseorang, lagi  ”tak senonoh” perangai kita dengan dia ya. Ikut suka hati. hehehe!!!


Hmm, sebut pasal best friends. Teringat dekat kawan lama. Tapi, cerita lama bolehlah tutup saja buku. Sayangilah dan hargai kawan-kawan kita semua. Buruk baik mereka, hormatilah mereka dan jaga hati. Selamat berhibur dengan 9GAG!!! Sayang kamu semua  ;)

Thursday, April 26, 2018

Bantulah Angah - Penghidap Leukimia

Pada masa kita sedang menunggu dan teruja untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Ada insan lain sedang menanggung beban, berdoa, berusaha setiap saat. Langkah setapak demi setapak adalah demi langkah di hadapan yang diberikan harapan menggunung. Masa baginya adalah harapan menuju kesihatan, menuju rahmat Allah. Tapi ia perlukan bantuan, bantuan daripada saudara-saudaranya untuk meringankan beban ibu bapa nya. Angah tidak boleh bekerja mencari duit, Angah masih kecil.  Angah sakit.

Menurut ayah Angah, doktor tak memberi harapan yang tinggi untuk Angah, sebab Angah dah dua tahun menghidap Leukimia. Siapa lagi yang mahu memberi harapan kepada Angah, takkanlah Angah yang masih mentah itu kena berharap kepada dirinya sendiri sahaja.

Takkanlah kita yang dah besar ni biarkan Angah  sendirian memahami kesakitan itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selain daripada sel mati yang berada di punggungnya perlu dibuang, Angah juga menghidap leukimia dan baru-baru ni, Angah demam. Untuk pembedahan pada pagi ni, doktor tebuk lubang kat perut Angah untuk memudahkan Angah buang air. Tiada siapa yang nak perutnya ditebuk, tiada siapa yang nak sakit yang bertimpa-timpa.

Tidak ramai orang yang akan bertahan dengan keadaan seumpama itu. Angah sangat kuat. Samalah juga dengan orang-orang yang senasib dengannya. Takpe Angah, pasti ada hikmahnya. Kinayah dan pertolongan Allah datang kepada hamba-Nya yang tidak putus asa meminta kepada-Nya. Angah, tiada yang mustahil bagi-Nya.

Jom berdoa untuk Angah dan insan yang senasib dengannya demi kesihatan mereka dan kita semua. Dan kalau ada kemampuan, berilah bantuan dengan apa yang kita mampu.

Bangga dengan rakyat Malaysia yang prihatin dengan orang lain. :)

Semoga doa kita dimakbulkan oleh-Nya.

Wednesday, April 25, 2018

Mind Set Seorang Perempuan Untuk Menjadi Cantik

Pernah dengar cerita mengenai belon Helium dan belon yang ditiup seperti biasa? Belon Helium terbang ke atas, manakala belon yang satu lagi jatuh ke bawah. Padahal, kedua-duanya adalah belon yang sama, cuma berlainan isinya sahaja.

So, begitulah juga manusia.. Apa yang terzahir pada pandangan mata kasar adalah hasil daripada apa yang ada di dalam hati dan pemikiran..



Oleh sebab itulah, seseorang harus terlebih dahulu memperbaiki hatinya untuk menjadi baik.. Sama juga dengan mencantikkan hatinya dahulu untuk menjadi cantik.. Ramai orang nampak cantik, tapi cantik yang berasal dari hati tu berlainan dengan cantik yang zahir.. Ia mempesona dan amat menyenangkan..

Jadi, apakah Mind Set Yang Perlu Ada pada Seorang Perempuan Untuk Menjadi Cantik?

- Jaga penampilan, jangan selekeh. Kalau perlu, tacap (touch-up) sedikit mekap. The simpler, the better.
- Jaga adab, mulut tu jaga-jaga.. Hehe
- Jaga kebersihan. Tapi, masa pergi camping, jangan menggedik pula dengan lumpur.
- Murah dengan senyuman.
- Selalu yakin dan confident.
Bagaimana kalau anda seorang yang pemalu?
Pernah dengar orang yang pemalu dan pendiam itu cantik? Kalau tak pernah, mai saya ingatkan..

"Malu itu sebahagian daripada perhiasan wanita"
Ah, dah ingat? .. So, jangan risau.. Jadi cantik tak semestinya kena 'perfect'.. asal 'pure face' dah berbaloi..

Saturday, March 31, 2018

Tag Dari Zulkbo


Berjaga sorang-sorang lagi pagi ni sambil menonton perlawanan Sepanyol menentang Honduras, tapi perlawanan sebelum itu Portugal dengan Korea utara memang best dan seronok, pasal dapat tengok banyak gol. Pada masa yang sama menyiapkan tag yang di berikan oleh rakan blogger Saudara Zulkbo yang sentiasa berkunjung dan melawat blog ni. Memang saudara Zulkbo di antara rakan blogger yang rajin memeriahkan suasana blog serabai saya ni.



Berjaga sorang-sorang lagi pagi ni sambil menonton perlawanan Sepanyol menentang Honduras, tapi perlawanan sebelum itu Portugal dengan Korea utara memang best dan seronok, pasal dapat tengok banyak gol. Pada masa yang sama menyiapkan tag yang di berikan oleh rakan blogger Saudara Zulkbo yang sentiasa berkunjung dan melawat blog ni. Memang saudara Zulkbo di antara rakan blogger yang rajin memeriahkan suasana blog serabai saya ni.

Lama jugak dah tak ikuti aktiviti tag mengetag ni, dan nasib baik perkara yang ditanya simple dan senang je, hahaha kalau banyak sangat letih jugak nak jawabnya tu.

Semuanya berkaitan dengan happy, memang sesuatu yang meng’happy’kan untuk di jawab. So soalan nya:

1. Adakah anda rasa happy sekarang?
Happy..memang sentiasa happy dan steady sokmo

2. Kenapa anda rasa happy?
Bila semua yang dirancang berjalan mengikut perancangannya..

3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy?
Bila mereka yang berada disekeliling kita happy, kita pun rasa happy jugak hehe

4. Nyatakan warna yang anda suka?
Putih dan light blue

5. Beritahu 9 orang yg anda mahu Tag:
kalau ikutkan nak tag semua rakan-rakan blogger, tapi risau takut semua orang sibuk dan tak sempat…jadi saya biarkan ‘open’ sahaja, sape rasa nak jawab tag ni di persilakan.

Apa-apa pun terima kasih pada saudara Zulkbo yang mengetag saya. Sebenarnya sekarang ni saya tengah dok siapkan theme baru untuk platform wordpress yang saya akan beri nama ‘Mudah’, sebabnya theme tu saya design dengan konsep yang mudah dan sesuai untuk dijadikan panduan bagi mereka yang berminat untuk menjadi theme designer.

Insya Allah dalam sehari dua lagi boleh siap untuk di download. Mungkin akan ada dua versi, versi percuma yang ada  keperluan basic manakala versi berbayar akan lebih lengkap.

Sunday, March 25, 2018

Yatt Hamzah Bertudung Takutkan Azab Allah

Jarang sangat saya nak cerita pasal artis ni. Tak berapa minat sangat nak ambik tahu. Tapi kalau cerita tentang penghijrahan ke arah kebaikan barulah rasa berminat nak baca. Apa yang baik itu sangatlah elok dikongsikan bersama. Boleh jadikan pengajaran mahupun pedoman buat kita juga.

Dua tahun lepas saya suka sangat tengok drama Ular Emas kat TV9 untuk siaran ulangan waktu malam. Siaran asal main kat TV3 waktu petang. Minat cerita tu pun sebab dua watak je iaitu watak yang dilakonkan oleh Yatt Hamzah dan juga seorang lagi watak ustaz, saya lupa nama pelakon tu. Suka sangat tengok watak Yatt yang lemah lembut dan sangat menjaga aurat serta tatasusilanya sebagai seorang Muslimah. Melalui drama Ular Emaslah baru saya kenal pelakon yang bernama Yatt Hamzah. Sebelum tu hanya pernah dengar nama je tapi tak pernah tengok dia berlakon. Maklumlah, saya bukan peminat drama Melayu sebenarnya hehe.

Sumber foto: Sinarharian

Saya ingat Yatt Hamzah ni betul-betul bertudung, rupanya tak selepas tengok lakonannya dalam satu drama secara tak sengaja. Watak tu terbalik 180 darjah dengan watak Yatt dalam Ular Emas. Kira versatile jugalah Yatt ni, takdelah berlakon sepesen je.

Tapi sekarang Yatt Hamzah dah mula bertudung selepas Abby Abadi baru-baru ni sekembalinya beliau dari menunaikan umrah. Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Binti Hamzah mula mengenakan tudung selepas pulang dari kelas usrah.

“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.”

“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”

Menurut Yatt, keputusan beliau untuk menutup aurat adalah kerana Allah s.w.t., bukan dipaksa sesiapa. Alhamdulillah, itu yang kita nak dengar sebenarnya. Ada artis lain bertudung kerana dah bersuami. Bila cerai, bukak tudung balik. Dari situ kita boleh nampak keikhlasannya untuk bertudung, adakah kerana iman atau suruhan.

Manis sungguh bila Yatt dah bertudung ni. Barulah sesuai dengan watak yang dipegang oleh beliau dalam drama Ular Emas dulu. Semoga Yatt istiqamah dalam perubahan ni.

Tuesday, March 6, 2018

Saya Hanya Manusia Biasa yang Lemah

 Adakah kalau kita terlebih memberi ruang, orang akan ambil kesempatan ke atas kita?
Saya hanya manusia biasa. saya ada banyak 'commitment' yang perlu di galas.

Seorang anak.

Seorang pelajar.

Seorang sahabat.

Seorang ahli perniagaan.

Seorang ...

Bila ada yang datang minta tolong, saya akan cuba tolong

Tapi takkan sekecil kecil benda pun saya kena tolong (kalau saya ada masa saya tolong)

Kalau saya baik dengan 100 orang, lepas tu 100 orang datang minta tolong dari saya pada masa yang sama, 'mati' lahhh saya

Sebab saya pun ada kerja saya sendiri bukan taknak tolong

Tapi tulahh

Bila perasaan macam ni datang, saya cuba fikir positif sahaja

Mungkin inilah selemah selemah 'manfaat' yang saya boleh beri kepada orang lain

Sebab, kan sebaik baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain

Dulu orang tolong saya, sekarang saya pulak kena tolong orang

Rasa letih dan penat itu hanya bersifat sementara sebab

Saya pernah dengar, semakin kita 'letih' semakin banyak manfaat yang kita telah 'beri' kepada orang lain

Monday, March 5, 2018

Cara Nak Buka Akaun CIMB Bank

Weh... korang tahu tak... kita (lepasan spm) neh perlu buka akaun CIMB Bank tau... sebab nanti, senang sikit urusan duit biasiswa nak masuk... :D ...so, sebelum aku lupa, aku nak share benda ni...

Kalau nak buka akaun bank tu, korang digalakkan mohon pada umur korang capai 18 tahun tau...



Sebab senang sikit nak buat urusan... just, bawa 2 keping salinan i/c jer dengan duit minimum RM50 ringgit...

Tetapi, kalau korang ni masih bawah umur, i mean, tak capai umur 18 tahun lagi mengikut bulan, jadi urusannya jadi lebih complicated... yes! it's complicated...

Korang perlu jumpa pegawai bank tu, then dia akan bagi satu borang ni... borang ni parents kena isi dan sign sekali... pastu, korang kena 'mati setem' (ni bahasa kelate, bahasa baku aku tatau, hehe) RM10 kat pejabat pos terdekat...

Aku rasa, pegawai tuh suruh datang sekali dengan parents kalau tak silap... jangan lupa bawa Salinan kad pengenalan 2 keping jugak...

Pergh! aku dah ulang-alik masuk bank tuh nak dekat 3 kali dah... last2, ok! aku sedia tunggu 22 August nih... yeay! dah dewasa... oh ya, kalau nak buat cimb bank click pun, kena umur 18 tahun jugak...

Jika nak buat pinjaman peribadi dari CIMB Bank, entah apa syarat-syarat yang perlu dipatuhi lagi.

p/s : untung orang yang lahir awal bulan... :D

Friday, January 12, 2018

Program Derma Organ

Anda biasa mendengar tentang pendermaan organ selepas meninggal dunia. Bermacam-macam perkara yang difikirkan bagaimanakah prosedur untuk menderma organ. Perkara ini melibatkan Daftar Penderma Organ Nasional untuk memberi kebenaran organ dan tisu anda diberikan kepada orang lain selepas anda meninggal dunia. Nota separa perubatan mengenai program derma organ akan membantu anda memahami program derma organ ini.



Baik tua atau muda, tidak ada had usia yang menghalang anda daripada menjadi penderma organ dan tisu. Walau bagaimana pun, mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu. Selepas penderma yang berdaftar meninggal dunia, barulah proses pemindahan organ dijalankan.

Aktiviti pembedahan untuk menukarkan tisu atau pun organ yang sudah tidak boleh berfungsi dengan tisu atau pun tisu yang masih boleh berfungsi dengan baik dinamakan transplantasi. Terdapat senarai khas organ-organ yang boleh anda dermakan iaitu :

- Buah pinggang
- Jantung
- Hati
- Paru-paru
- Pankreas

Selain organ, anda juga boleh mendermakan tisu. Berikut ialah senarai tisu yang boleh anda dermakan iaitu :

- Mata
- Tulang
- Kulit
- Injap jantung

Bilakah organ dan tisu boleh didermakan?
Apabila kematian seseorang penderma sudah disahkan oleh 2 orang doktor, organ dan tisu dari badan beliau barulah ianya boleh diproses untuk pemindahan. Ini bermakna proses pemindahan organ dan tisu dilakukan mengikut prosedur. Selepas penderma meninggal dunia, sesi perbincangan dengan waris akan dilakukan sebelum proses pemindahan dijalankan.

Aktiviti menderma organ dan tisu ini mendapat pengiktirafan dari agama Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh. Aktiviti mendermakan organ dan tisu selepas meninggal dunia dianggap sebagai satu pengorbanan yang mulia.

Salah satu prosedur dalam pemindahan organ dan tisu ini ialah menjalankan pembedahan yang benar-benar bersih dan suci daripada hama. Pemindahan yang dijalankan akan dikendalikan oleh doktor yang pakar dalam pembedahan di dewan bedah. Salah satu jaminan yang diberikan kepada penderma organ dan tisu ini ialah ia tidak akan memberi kesan kepada rupa dan badan mereka.

Selepas pembedahan organ dan tisu selesai dijalankan, luka dari pembedahan tersebut dijahit dengan sebaik mungkin sehingga mayat penderma seolah-olah tidak mengalami sebarang kecacatan. Proses semasa pemindahan organ dan tisu ini dijalankan secara hormat dengan mengikut tertib seperti proses pembedahan yang normal.

Sekiranya anda berubah fikiran untuk menarik diri dari menderma organ dan tisu, anda boleh memberitahu pihak Pusat Sumber Transplan Nasional pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada yang akan memaksa atau mendesak anda mengubah keputusan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memulangkan semula kad penderma organ kepada Pusat Sumber Transplan Nasional dan memberitahu keluarga anda tentang keputusan tersebut.

Bagi setiap penderma yang telah mendermakan organ dan tisu mereka, jenazah mereka dibersihkan, dikafankan dan dikembalikan kepada keluarga atau waris dengan kadar yang segera. Upacara pengkebumian seperti tidak akan terjejas kerana menderma organ dan tisu.

Proses permohonan penderma organ dan tisu

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk menjadi salah seorang daripada penderma organ dan tisu, anda perlu mendaftar dengan mengisikan borang akuan penderma dan kad penderma. Hantar borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Pusat Sumber Transplan Nasional. Anda perlu membawa kad penderma ke mana sahaja anda pergi. Simpan kad tersebut dalam dompet anda dengan cermat.

Rancangan anda untuk menjadi penderma organ dan tisu perlu dimaklumkan kepada keluarga supaya mereka dapat mengetahui rancangan anda sekaligus melancarkan proses mendapatkan kebenaran untuk memperolehi kebenaran pemindahan organ tersebut. Setelah otak penderma disahkan mati, barulah proses pemindahan organ akan dijalankan. Anggota perubatan yang terlibat perlu mendapatkan keizinan dahulu daripada keluarga terdekat kepada penderma.

Mati otak merupakan satu keadaan di mana peredaran darah sudah tidak mengalir lagi ke otak. Ini menyebabkan keseluruhan bahagian otak sudah tidak berfungsi. Fungsi otak sama sekali tidak boleh dikembalikan lagi.

Virus Zika Bahaya Pada Kandungan Ibu Hamil

Nyamuk Aedes merupakan agen yang menyebarkan virus Zika yang berasal dari keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus. Manusia yang dijangkiti virus ini akan mendapat sakit ringan iaitu demam Zika. Sejak tahun 1950an, penyakit yang berasal dari kawasan Khatulistiwa Afrika dan Asia ini tidak boleh dicegah dengan vaksin atau ubat. Ia jauh lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan demam denggi. Walau bagaimana pun, virus zika bahaya pada kandungan ibu hamil.



Berasal dari hutan Zika, virus ini ditemui pada seekor monyet di Uganda pada tahun 1947. Dikatakan Zika berkaitan dengan penyakit demam kuning dan virus Nil Barat yang diangkut oleh flavivirus yang dibawa artropod yang lain. Sejak tahun 2014 hingga 2015, virus Zika mula tersebar ke kawasan berikut :

- Timur Lautan Pasifik
- Polinesia Perancis
- Pulau Easter
- Amerika Tengah
- Caribbean
- Amerika Selatan

Simptom penyakit akibat virus Zika

Sumber daripada pakar kesihatan mengatakan bahawa mereka yang mendapat jangkitan virus Zika akan mendapat tanda-tanda seperti :

- Gatal-gatal seperti ruam
- Mata kemerah-merahan
- Demam

Semua simptom di atas berlaku kurang daripada 7 hari.

Jangan biarkan bayi anda menanggung derita akibat virus Zika.

Dikatakan virus Zika yang menimpa seorang wanita mengandung di Brazil lalu mengakibatkan anak yang lahir mengalami kecacatan di kepala. Gejala yang dinamakan microcephaly ini menyebabkan kepala bayi yang baru lahir memiliki saiz kepala yang lebih kecil dari bayi normal. Dikhuatiri otak bayi tersebut tidak dapat berkembang dengan baik.

Virus Zika berkembang seiring dengan gejala microcephaly dan ianya masih dalam peringkat kajian sama ada ianya berkait atau tidak di antara kedua-duanya.

Mencegah virus Zika daripada menular

Pakai baju dan seluar panjang untuk mengelakkan dari digigit nyamuk di siang hari. Selain itu, hapuskan tempat yang menjadi sarang nyamuk membiak.

Thursday, January 11, 2018

Soalan Lazim Temuduga Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27?

Temuduga Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 sedang berlangsung pada masa ini. Kebanyakan daripada calon nampaknya merupakan fresh graduate yang memegang diploma dan ijazah.
Saingan nampaknya sengit kerana kebanyakan daripada calon merupakan pertama kali memasuki temuduga ini. Bagi yang berpengalaman menjalani temuduga ini sebelum ini mungkin mempunyai persediaan sedikit.



Tetapi bagaimana dengan fresh graduate yang memohon jawatan ini? Hal ini mendorong saya membuat satu ringkasan contoh soalan lazim yang biasanya ditanya semasa temuduga Penolong Pegawai Belia dan Sukan ini.

Ini adalah antara isi kandungan ringkasan nota Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang saya telah sediakan. Untuk full version, kena isi borang dibawah. 

Soalan Lazim #1
- Latar belakang peribadi
- Latar belakang pengalaman kerjaya
- Perkembangan peribadi semasa

Penemuduga biasanya tidak akan menyoal anda satu persatu mengenai latar belakang anda. Ini kerana kebanyakan penemuduga telah menetapkan masa untuk seorang calon 10-15 minit sahaja.
Oleh itu dia cuma bertanyakan soalan ini..

"Ceritakan pada kami latar belakang anda"

Kebanyakan calon dan semestinya calon yang pertama kali menjalani temuduga akan berkata,
Nama saya.... Saya berumur... Saya anak ke... Saya bersekolah...

Kesemua jawapan ini betul, tetapi bagi menunjukkan anda lain daripada yang lain. Anda boleh menjawab seperti ini...

Latar belakang peribadi saya... (nama,umur,status perkhawinan,anak keberapa)
Saya pernah bekerja ... (ceritakan apa tugas utama semasa menjawat jawatan itu)
Saya sekarang ... (ceritakan perkembangan semasa anda)

Ada beberapa calon cuba untuk menunjukkan diri hebat dan cuba menipu penemuduga dengan mengatakan perkembangan mereka sekarang ialah sedang bekerja di syarikat itu dan jawatan ialah ini.

Tak perlu menipu, biarpun penting untuk kita menonjolkan diri di hadapan penemuduga, kalau kita masih menganggur, katakan saja kita sedang berusaha mencari pekerjaan.

Jika anda mahukan full version cara untuk menjawab soalan lazim temuduga Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 sila isikan nama dan email di bawah ini.

Jika mahu buat persediaan sendiri , ikuti tips ini.

1. Hafal info berkaitan Kementerian Belia dan Sukan
2. Program dan dasar KBS
3. Info politik
4. Info semasa
5. Info jawatan.

Untuk temuduga sebagai seorang Penolong Pegawai, kebiasaanya anda akan dibawa berdebat mengenai isu semasa dan politik untuk mengetahui peribadi anda. Ingatkan pada diri anda, jawab yang jujur sahaja. Cubaan menipu akan mengagalkan anda.