23 September 2010, tarikh ini sememangnya istimewa bagi KRU Studios dan peminat-peminat filem tempatan. Di mana filem muzikal pertama telah dilancarkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bertajuk MAGIKA. Walaupun agak sibuk dengan projek-projek tahun akhir, saya tetap berkesempatan menonton filem Magika ini pada 2 Oktober 2010 di MBO cineplex, Kluang, Johor. Seminggu lebih selepas tarikh tayangan pelancaran filem Magika ni. Better late than never. Hahaha. Poyo tetibe.
Filem arahan sulung adik bongsu daripada 3 beradik yang mempelopori KRU Studios, Edry Abdul Halim mengisahkan tentang himpunan dongengan Melayu di dalam satu dunia fantasi, bernama Magika.Filem ini menelan belanja RM2 juta.
Mari baca apa yang saya mahu perkatakan tentang Magika ini.
Sinopsis Filem
Malik (Fimie Don) merupakan adik kepada Ayu (Diana Danielle). Mereka berdua baru sahaja kematian ibu (Ogy Ahmad Daud) yang meninggal sewaktu pembedahan pemindahan buah pinggang bagi menyelamatkan Malik. Terdorong dengan rasa bersalah atas menjadi punca kematian ibunya, Malik menjadi nakal dan tak tentu arah (biasalah, budak-budak banyak tengok drama, touching kuat). Habis pasu bunga dan set cawan rumah dipecahkan Malik bagi menunjukkan pemberontakan kepada kakaknya. Tindakan kurang cerdik daripada kanak-kanak yang belum baligh itu jelas sekali menaikkan kemarahan kakaknya,Ayu. Ayu lantas bertindak memarahi Malik sepuas-puas hati. Dek touching sebab kena marah dengan kakaknya, Malik merasakan kesemua orang termasuk ahli keluarganya sendiri menyalahkannya sebagai penyebab kematian ibunya. Dan Malik bertindak lari dari rumah dengan perasaan sedih berbaur kecewa menuju ke hutan. Sekali lagi Ayu, terpaksa mencari Malik akibat waktu pada itu sudah hampir senja (Maghrib). Ayu mencari Malik sehinggalah kedua-dua mereka terjatuh di dalam perigi….. Di Sinilah mereka tiba di dunia Magika. Maka pengembaraan mereka pun bermula.
(Nak tau lebih,silalah tonton di panggung wayang ye!) =D
Barisan-barisan pelakon Magika
Fimie Don,Diana Danielle, Aznil Hj Nawawi, Raja Azura, Mawi, Ziana Zain, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Maya Karin, Vanidah Imran, M.Nasir, Nabil
Kelebihan Magika
1. Mitos dan Lagenda Melayu diingatkan kembali
Mengingatkan kembali kepada masyarakat Melayu tentang kisah dongeng dan lagenda rakyat yang semakin kita lupakan. Seronok melihat watak Pak Pandir (Aznil Hj Nawawi) kena marah dengan Mak Andeh (Raja Azura). Hahaha. Dan watak-watak lagenda yang lain seperti Badang (Mawi), Mahsuri (Vanida Imran) , Puteri Gunung Ledang ( Ning Baizura) , Nenek Kebayan (Ziana Zain), Orang Minyak (Nabil), Bawang Merah dan Bawang Putih (Sharifh Aleya dan Sharifah Amani) dan lain-lain.
2. Lagu-Lagu Yang santai dan Best!
Lagu-lagu dalam filem ini sememangya best! Terbaik! Memang pandai Edry bikin lagu, sampai bergoyang-goyang badan aku ikut irama lagu. Hahaha. Cayalah Edry!
3. CGI yang boleh dibanggakan.
Thumbs up! Tak perlu nak banding dengan filem keluaran luar negara, sebab aku yakin, satu hari KRU Studios dan penerbit-penerbit filem tempatan yang lain boleh bikin CGI yang setanding dan lebih baik daripada mat-mat saleh tu.
4. Plot cerita yang jelas dan lebih menarik
Konsep muzikal komedi kali ni lebih menjadi berbanding komedi hero yang ditunjukkan dalam Cicak-Man. Dan jalan cerita dalam Magika tidak lembab dan bertenaga. Syabas KRU!
Kelemahan Magika
1. Kekuatan Badang tidak ditonjolkan
Badang (Mawi) merupakan hero dalam filem ini, dan sebagai penggemar dongengan Melayu pastinya nama Badang itu sinonim dengan KEKUATAN. Tapi sayangnya kekuatan superhuman yang Badang perolehi daripada minuman tonik muntah raksasa sungai itu tidak ditunjukkan dalam mana-mana babak.
2. Pengambaran jelas di Padang Golf
Hadoi. Sori lah KRU, yang ni memang jelas gila! Tak boleh cover. Huhu. Harap-harap KRU studios dapat perbaiki dan membuat penambahbaikkan bagi filem-filem yang akan datang.
3. Komedi yang tidak bertempat
Kemunculan Senario sebagai pahlawan lagenda Melaka 5 bersaudara sememangya mengecewakan. Ini kerana watak pahlawan lagenda, Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi lebih sesuai ditunjukkan dengan cara yang lebih serius. Dan watak mereka juga mestilah dilakonkan dengan serius tetapi tetap ada unsur komedi. Senario memang sinonim dengan lawak, tapi kali ini watak mereka gagal membuat saya berpuas hati disebabkan nama lagenda yang mereka bawa.
Apa-apapun KRU STUDIOS memang berjaya membuatkan saya berpuas hati dengan filem muzikal pertama mereka. Semoga Magika menjadi permulaan kepada filem-filem genre muzikal yang mempertahankan budaya Melayu dan adat resam kita. KRU rocks! Magika memang best! Mari ramai-ramai pergi serbu wayang
Friday, October 8, 2010
Tahniah Tan Sri
Catatan ringkas di awal pagi Jumaat ini, masih belum terlambat bagi blog ni mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang telah dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bermula hujung bulan Oktober ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Kalau ada di kalangan pelawat dan rakan yang perasan blog ini dahulu menggunakan tagline ‘Confident in Humble Way‘. Kata-kata tersebut sebenarnya datangnya dari ucapan Tan Sri Dr Zulkurnain pada tahun 2001 dahulu. Kebetulan pada masa tu saya merupakan peserta yang mendengar taklimat beliau semasa mula-mula memasuki alam pekerjaan.
Secara ringkasnya maksud Confident in Humble Way adalah sebagai seorang individu kita patut menunjukkan keyakinan diri dalam apa saja urusan seharian namun pada masa yang sama tidak sampai ke tahap menjadi sifat ego dan sombong. Kerana sememangnya sifat sombong, angkuh, ego dan seumpama dengannya bermula dari ‘terlebih’ sifat keyakinan diri (Excessive self confidence).
Satu lagi pesanan Tan Sri Dr Zulkurnain yang masih saya ingat sehingga sekarang adalah amalan untuk memudahkan segala urusan, petuanya cukup mudah, setiap malam sebelum tidur bacalah sekurang-kurangnya satu halaman daripada kitab suci Al-quran, pastinya segala urusan dan maslahah kita dipermudahkan. Juga sebagai petua untuk menguatkan daya ingatan dan memori.
Kalau ada di kalangan pelawat dan rakan yang perasan blog ini dahulu menggunakan tagline ‘Confident in Humble Way‘. Kata-kata tersebut sebenarnya datangnya dari ucapan Tan Sri Dr Zulkurnain pada tahun 2001 dahulu. Kebetulan pada masa tu saya merupakan peserta yang mendengar taklimat beliau semasa mula-mula memasuki alam pekerjaan.
Secara ringkasnya maksud Confident in Humble Way adalah sebagai seorang individu kita patut menunjukkan keyakinan diri dalam apa saja urusan seharian namun pada masa yang sama tidak sampai ke tahap menjadi sifat ego dan sombong. Kerana sememangnya sifat sombong, angkuh, ego dan seumpama dengannya bermula dari ‘terlebih’ sifat keyakinan diri (Excessive self confidence).
Satu lagi pesanan Tan Sri Dr Zulkurnain yang masih saya ingat sehingga sekarang adalah amalan untuk memudahkan segala urusan, petuanya cukup mudah, setiap malam sebelum tidur bacalah sekurang-kurangnya satu halaman daripada kitab suci Al-quran, pastinya segala urusan dan maslahah kita dipermudahkan. Juga sebagai petua untuk menguatkan daya ingatan dan memori.
Subscribe to:
Comments (Atom)

