Friday, April 28, 2017

Selesai Ibadah Umrah

Assalamualaikum. Alhamdulilah saya sudah selamat tiba di Tanah Air tercinta semalam. hehehe!! “jet lag” seharian. Rasa lepak habis rasanya pagi tadi nak pergi kerja. Tapi, sebab ada hal terpaksalah pergi juga. Kesian dekat sendiri!! hahahaha!!!!

Rasanya entry kali ni memang akan pendek sangat. Kalau tak percaya, sila kira berapa perenggan. hehehe!!! Saja, tak nak type panjang-panjang. Saya bukan tak nak cerita hal umrah dekat sini tapi pada saya cerita umrah tu sangat personal. Tak sesuai nak cerita dekat sini. InsyaAllah, kalau saya nak cerita pun.

Apa-apa pun, saya memang happy umrah kali ni sebab saya ada belajar perkara baru dalam hidup. Simple tapi sangat berbaloi untuk diri sendiri. Rahsia nak hidup tenang, kepala tak berserabut “serahkan segala urusan pada Ya Rabb, Allah S.W.T”.

Tak payah fikir itu ini, tak perlu persoalkan kena jadi macam ni, kenapa hidup kita tak macam tu dan seterusnya. Tak perlu, sebab hidup kita dah ada “perancangnya” ;) Wallahualam.


Solat Istikharah, solat sunat untuk yang bercinta saja ke? Solat Istikharah bukan untuk keperluan itu saja. Solat Istikharah meluas sangat penggunaannya. Untuk yang tahu.

Tapi, saya bukan nak tulis pasal keistimewaan Solat Istikharah kali ni. Mungkin lain kali, saya panjangkan lagi tajuk solat sunat yang istimewa ni ok. Kali ni, saya cuma nak berkongsi 1 video yang agak santai untuk kita dengar sama-sama. Santai sebab melodi lagu ni sumpah menenangkan.

Ada kaitan lagu ni dengan Solat Istikharah. hehehe!!! Tajuk lagu pun Istikharah Cinta. Ohoi!!!

Kenapa tiba-tiba saya suka layan lagu macam ni? Hmm, haruslah ada sebab. Apa?

Saya tengah nak ingatkan muka siapa yang keluar dalam mimpi saya waktu saya buat Solat Istikharah masa di Madinah tempohari.


Istikharah Cinta
Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do’a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..

Cuba korang dengar lagu  Istikharah Cinta ni. Mendalam kan maksud lirik lagu ni. Hari tu saya ada tanya dekat Facebook saya (Liza Razak) 1 soalan ni “berapa ramai yang lakukan Solat Istikharah sebelum bernikah” tapi tak ramai yang jawab.

Mungkin mereka malu atau tak berani nak jawab, wallahualam.

Korang rasa, Solat Istikharah ni “wajib” ke tidak kita lakukan sebelum mengahwini seseorang? Ada tak yang tak nak buat solat sunat ni dengan alasan, TAKUT nak terima kenyataaan dan saya mohon bantuan (kalau sudi) boleh tak sesiapa yang arif. Terangkan. Petunjuk-petunjuk yang macam mana Allah akan berikan pada kita ya?