Thursday, December 30, 2010

Coli Laser Kesayangan Julia Perez dicuri!

Heboh mengenai penyanyi seksi dan mengghairahkan daripada Indonesia ni berhajat nak pakai coli laser. Sebagai membalas perbuatan segelintir penyokong Malaysia di Bukit Jalil 26 Disember lepas. Coli Laser Jupe. Mungkin ini brand baru coli yang akan dikeluarkan di Indonesia nanti. Hurm….
Ok jugak nama tu.. Hahahaha.



Tapi tu lah. Ramai jugak yang nantikan kedatangan Coli Jupe di stadium Bung Karno semalam. Yang nyata semuanya hampa. Kui Kui Kui. Wajah Julia Perez aka Jupe tu pun tak kelihatan. Ataupun abang cameraman tak dapat cam Julia Perez tu yang mana satu kot. Yelah,ramai jugak yang pakai laser semalam. Kan?

Jadi persoalan di sini. Dimanakah Coli Laser Jupe seperti yang dia janjikan? Ini bukan omongan kosong. Julia Perez pasti ada masalahnya sendiri.

“Waduh waduh..kemanain Jupe ni kok? Ngatain kemarin mau pakai coli laser. Kok ditipunya kita? Brengset!”

Mungkin itu kata-kata penyokong bola sepak Indonesia semalam. Jelas mereka kecewa.



Apa-apa pun, kita buat andaian yang sebenarnya Coli Laser Jupe ini dicuri orang. Yelah, teknologi baru tu. Boleh buat kajian. Jadikan Projek Sarjana Muda (PSM). Ha Ha Ha. Bernilai tu beb!
Cayalah Jupe!