Siapa dah pergi tengok wayang filem Godzilla ni? Saya tengok REVIEW FILEM GODZILLA ni majoriti kata tak best. Siap sarankan jangan pergi tengok. Melampau?
So, ada ke yang boleh beri review filem Godzilla ni ek? Macam nak pergi tengok tapi kalau dah ramai sangat kata tak best, nanti membazir pulak. Dah lah saya ni bukan kaki tengok wayang. Saya ni kaki tengok movie dekat rumah sambil silang kaki, sambil makan twisties non stop. Kalau tak best nanti buang duit je.
Dilemmanya nak pergi ke tak. hahahaha! Tengok iklan macam best dan memang nak pergi tengok. Cuma, bila baca timeline Twitter semua dok kutuk. Tapi, tak tahulah kalau diorang saja dengki tak nak suruh kami yang belum tengok ni supaya tak payah tengok. hahahaha! (tak baik kau menuduh)
Tak pelah, hujung minggu pun lama lagi. Nak jumpa Sabtu lambat lagi. Sempat lagi kalau nak skodeng Review Godzilla dari kawan-kawan. Kalau ada pembaca blog ni yang dah layan filem ni, sudi nak kongsi review lagilah bagus. hehehe!
Wednesday, May 14, 2014
Thursday, May 1, 2014
Seni iPhoneografi
Tentu ramai yang pernah dengar mengenai istilah yang dipanggil iPhoneografi (iPhoneography).
Daripada namanya, tentu dah boleh agak apa yang dimaksudkan dengan istilah tersebut.
“iPhoneografi merujuk kepada salah satu cabang bidang fotografi.Ia merupakan teknik mengambil gambar dengan menggunakan kamera Apple iPhone dan gambar tersebut kemudiannya diedit dengan menggunakan aplikasi-aplikasi Photo Editor yang terdapat pada iPhone tersebut”
Jika diikutkan, terdapat pelbagai lagi jenama dan model smartphone yang mempunyai keupayaan kamera yang lebih tinggi dan baik lagi berbanding dengan iPhone, tetapi hanya iPhoneografi yang semakin popular dan mendapat tempat.
iPhoneografi dianggap menarik kerana gambar yang dihasilkan selepas proses edit mempunyai keupayaan untuk bertukar menjadi sebuah gambar yang kualitinya menyamai ataupun lebih daripada hasil bidikan sebuah kamera DSLR.
Di sebelah negara-negara Eropah, aktiviti iPhoneografi ini sudah menjadi trend yang popular.Walaubagaimanapun, ia masih kurang dipraktikkan di Malaysia.Ini mungkin disebabkan oleh faktor harga iPhone yang agak mahal dan ditambah pula dengan tanggapan sesetengah pengguna terhadap produk Apple yang dianggap remeh dan menyusahkan.
Selain daripada DSLR, saya juga sedang mempelajari dan mendalami ilmu serta teknik berkaitan dengan iPhoneografi.Sehingga sekarang, saya dapati ia merupakan suatu hobi yang menyeronokkan.
Jika ada di antara pembaca yang mempunyai pengalaman atau pendapat mengenai seni iPhoneografi jom sama-sama kita kongsi di ruangan komen.

Subscribe to:
Comments (Atom)