Daripada namanya, tentu dah boleh agak apa yang dimaksudkan dengan istilah tersebut.
“iPhoneografi merujuk kepada salah satu cabang bidang fotografi.Ia merupakan teknik mengambil gambar dengan menggunakan kamera Apple iPhone dan gambar tersebut kemudiannya diedit dengan menggunakan aplikasi-aplikasi Photo Editor yang terdapat pada iPhone tersebut”
Jika diikutkan, terdapat pelbagai lagi jenama dan model smartphone yang mempunyai keupayaan kamera yang lebih tinggi dan baik lagi berbanding dengan iPhone, tetapi hanya iPhoneografi yang semakin popular dan mendapat tempat.
iPhoneografi dianggap menarik kerana gambar yang dihasilkan selepas proses edit mempunyai keupayaan untuk bertukar menjadi sebuah gambar yang kualitinya menyamai ataupun lebih daripada hasil bidikan sebuah kamera DSLR.
Di sebelah negara-negara Eropah, aktiviti iPhoneografi ini sudah menjadi trend yang popular.Walaubagaimanapun, ia masih kurang dipraktikkan di Malaysia.Ini mungkin disebabkan oleh faktor harga iPhone yang agak mahal dan ditambah pula dengan tanggapan sesetengah pengguna terhadap produk Apple yang dianggap remeh dan menyusahkan.
Selain daripada DSLR, saya juga sedang mempelajari dan mendalami ilmu serta teknik berkaitan dengan iPhoneografi.Sehingga sekarang, saya dapati ia merupakan suatu hobi yang menyeronokkan.
Jika ada di antara pembaca yang mempunyai pengalaman atau pendapat mengenai seni iPhoneografi jom sama-sama kita kongsi di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment