Tuesday, December 6, 2011

Menarik Design Toyota Vios 1.5G Limited

Toyota Vios 1.5G Limited serious smart sangat ok! Bukan saya pemilik kereta baru Toyota Vios ni. saya tukang menyibuk je. wahahaha!!! Design Toyota Vios 1.5G Limited milik abang saya memang menarik. Tak tipu.



Sebenarnya, kereta Toyota Vios 1.5G Limited ni dah lama juga keluar. Kalau tidak silap saya, bukan Jun 2011. Kiranya, abang saya ni pun kira terlambat jugalah dapat merasa. Sebelum ni, dia memang guna kereta Vios tapi saja nak tukar sebab faham-faham jelah. Kereta kalau “peram” lama-lama pun bukan nilainya bertambah.

Jadi, abang saya ambik keputusan jual dan ambil pula Toyota Vios 1.5G Limited ni. Wooo, memang smart lah design dia. Tapi, gambar dibawah ni saya cuma pinjam dari blog Malik Torpedo je sebab macam jakunlah pulak saya nak terhegeh-hegeh nak ambil gambar kereta baru abang saya kan? hahahaha!!!

Design dalam Toyota Vios 1.5G Limited ni pun smart juga

Yang ini merupakan part Design Toyota Vios 1.5G Limited yang paling saya suka. wahahaha!!! LIMITED ok LIMITED.

Hmm, ada Tan Sri yang kaya raya macam dalam Drama Karma tak yang boleh belanja saya kereta Toyota Vios 1.5G Limited?? hahahaha!! Tak nak lah, saya tak nak jadi perempuan yang menutup aurat tapi hati jahat dok kerja kikis harta orang je.weeeee. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah kereta BMW seketul.hahaha!

Thursday, July 28, 2011

Jersi Baru Chelsea 2010/11 Home And Away

Laman rasmi kelab bolasepak Chelsea pada minggu lepas telah mengumumkan pemilihan jersi baru Chelsea away kit bagi musim 2010/2011 English premier league yang akan bermula bulan Ogos nanti. Sebelum ni dalam bulan April yang lepas jersi baru chelsea home kit 2010/2011 sudahpun diumumkan. Kelab Chelsea juga mempromosikan kempen ”Made from 100% Chelsea’ dengan kerjasama Adidas. Berdasarkan kempen tu jersi baru chelsea yang dicipta oleh Adidas ni merupakan jersi terbaik yang dibuat oleh Adidas khas untuk Chelsea. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kempen tu boleh semak di laman Adidas-made from 100% Chelsea.



Jadinya ginilah gambar dan rupa jersi baru chelsea home and away kit bagi musim 2010/2011. Warna biru terang sebagai jersi utama untuk perlawanan di Stamford Bridge, selaras dengan gelaran ‘The Blues’. Jersi away pulak musim ni menggunakan warna hitam dengan stripe light orange.

Err… jersi Chelsea rasanya tak melibatkan penggunaan salib kot. Mungkinkah chelsea mampu mengekalkan prestasi kejuaraan berganda musim lepas?

Tuesday, March 29, 2011

Steve Jobs Yang Pintar Kini Tiada Lagi

Pengasas dan Pencipta iPod, iPhone dan iPad kini tiada lagi. Ini berita menyedihkan buat semua penggila barangan Apple. Dinobatkan sebagai genius pada zaman ini, Steve Jobs mengubah cara manusia berkomunikasi dan membuang masa dengan alatan-alatan yang bermula dengan huruf  ‘i’ ini.

Pengeluar smartphone seperti HTC, Samsung, Dell dan sekutu-sekutu telefon pintar yang disatukan dengan ideologi Android juga mengubah cara kita berkomunikasi pada hari ini, tapi mereka juga perlu mengakui, iPhone dan iPad berada pada kelas yang tersendiri dan merupakan pencetus peperangan Smartphone dan Tablet Computer pada jam dan saat ini.

Pada tanggal 4 Oktober 2011, Apple dibawah jajahan baru Tim Cook telah membentangkan kepada umum bahawa mereka telah bersedia untuk mengeluarkan iPhone 4s yang jauh lebih canggih daripada iPhone 4 pada pertengahan bulan Oktober ini. Mungkin kebetulan, sehari selepas pelancaran iPhone 4S ini, maka datang pula berita kematian Steve Jobs yang pintar ini. Yes. Sememangnya iPhone 4S ini sebagai tanda memperingati jasa dan kematian Steve Jobs. Ini mungkin teori konspirasai freemason illuminati, tapi aku dapat rasakan mungkin juga Steve dahpun pergi mengadap ilahi pada hari yang sama iPhone 4S dikeluarkan.

Steve telah memberikan inspirasi kepada berjuta-juta orang di dunia. Here’s something you guys should heard from him. An inspirational speech from the man who change the world with an ‘Apple‘.

Perbezaan iPhone Putih dan Hitam

Semua orang dah sedia maklum yang Apple dah keluarkan iPhone versi putih untuk memberikan pengguna pilihan, nak warna putih ke warna hitam. Ye tak? Jadi baru-baru ni aku dah pun beli iphone putih ini daripada Maxis. Jadi apa bezanya dan ada keistimewaan ke iphone putih ni daripada yang hitam?

Secara keseluruhannya iphone putih ini cuma berbeza daripada iphone hitam dari segi WARNA sahaja. Yang lain, semua sama. Oh, lupa pulak. Masih ada satu perbezaan. Jika anda inginkan iphone putih ini, pastikan anda mampu bersabar. Black iPhone mungkin anda boleh dapati dengan mudah di mana-mana Machine Store, Maxis , Celcom atau Digi Store. Bayar terus dapat. White iPhone? Perlukan tempahan sekurang-kurangnya SEMINGGU.

In simple words, u can get Black iPhone on the spot, while White iPhone u need a weeks! It sucks really. Racism. Hahaha.

Tuesday, January 25, 2011

Anti iPhone: Nokia Kinetic

Kepada semua peminat-peminat gadget terkini, ada berita baik untuk anda semua. Selain daripada menggunakan iPhone sebagai lambang kekayaan korang dalam kehidupan, apa kata kita beralih pulak dengan phone daripada pak cik Nokia. Ingat lagi pak cik Nokia? Takkanlah tak ingat, zama-zaman 3310 menjadi kegilaan dulu, janganlah lupa ye!

But now, Nokia concept phone yang baru ni sangat mengujakan. Diberi nama sebagai Nokia Kinetic, phone ini sememangnya memberikan kelainan yang tersendiri daripada phone yang lain, termasuklah berlainan daripada iPhone cap Apple itu sendiri. Cakap banyak tak guna, korang tengok ah dulu gambar-gambar Cokia Nokia Kinetic ni dulu.



Fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Nokia Kinetic:

1. Sebarang aktiviti luar kawalan seperti menerima panggilan,sms atau alarm berbunyi akan membuatkan phone ini berdiri dengan sendirinya jika ia diletakkan di atas permukaan yang rata seperti meja. Pergerakan ini disebabkan terhasilnya pengalihan berat daripada base phone itu sendiri menggunakan konsep elektromagnet.

2. Jika korang nak matikan alarm atau dismiss call, just tap je pada phone Kinetic ni secara lembut. Ianya akan turun semula. Cool kan?

3. Idea Nokia Kinetic ni datangnya daripada designer British,  Jeremy Innes-Hopkins.

Dan sebenarnya, Nokia Kinetic ni masih lagi dalam Concept Phone. Belum lagi dihasilkan. Dan kemungkinan semua konsep yang sedia ada ni dikekalkan, agak tipis. Ho Ho Ho. Semoga phone ni berjaya ah buatkan ramai orang tak beli iPhone! Yeah!