Tuesday, March 29, 2011

Steve Jobs Yang Pintar Kini Tiada Lagi

Pengasas dan Pencipta iPod, iPhone dan iPad kini tiada lagi. Ini berita menyedihkan buat semua penggila barangan Apple. Dinobatkan sebagai genius pada zaman ini, Steve Jobs mengubah cara manusia berkomunikasi dan membuang masa dengan alatan-alatan yang bermula dengan huruf  ‘i’ ini.

Pengeluar smartphone seperti HTC, Samsung, Dell dan sekutu-sekutu telefon pintar yang disatukan dengan ideologi Android juga mengubah cara kita berkomunikasi pada hari ini, tapi mereka juga perlu mengakui, iPhone dan iPad berada pada kelas yang tersendiri dan merupakan pencetus peperangan Smartphone dan Tablet Computer pada jam dan saat ini.

Pada tanggal 4 Oktober 2011, Apple dibawah jajahan baru Tim Cook telah membentangkan kepada umum bahawa mereka telah bersedia untuk mengeluarkan iPhone 4s yang jauh lebih canggih daripada iPhone 4 pada pertengahan bulan Oktober ini. Mungkin kebetulan, sehari selepas pelancaran iPhone 4S ini, maka datang pula berita kematian Steve Jobs yang pintar ini. Yes. Sememangnya iPhone 4S ini sebagai tanda memperingati jasa dan kematian Steve Jobs. Ini mungkin teori konspirasai freemason illuminati, tapi aku dapat rasakan mungkin juga Steve dahpun pergi mengadap ilahi pada hari yang sama iPhone 4S dikeluarkan.

Steve telah memberikan inspirasi kepada berjuta-juta orang di dunia. Here’s something you guys should heard from him. An inspirational speech from the man who change the world with an ‘Apple‘.

Perbezaan iPhone Putih dan Hitam

Semua orang dah sedia maklum yang Apple dah keluarkan iPhone versi putih untuk memberikan pengguna pilihan, nak warna putih ke warna hitam. Ye tak? Jadi baru-baru ni aku dah pun beli iphone putih ini daripada Maxis. Jadi apa bezanya dan ada keistimewaan ke iphone putih ni daripada yang hitam?

Secara keseluruhannya iphone putih ini cuma berbeza daripada iphone hitam dari segi WARNA sahaja. Yang lain, semua sama. Oh, lupa pulak. Masih ada satu perbezaan. Jika anda inginkan iphone putih ini, pastikan anda mampu bersabar. Black iPhone mungkin anda boleh dapati dengan mudah di mana-mana Machine Store, Maxis , Celcom atau Digi Store. Bayar terus dapat. White iPhone? Perlukan tempahan sekurang-kurangnya SEMINGGU.

In simple words, u can get Black iPhone on the spot, while White iPhone u need a weeks! It sucks really. Racism. Hahaha.