Monday, December 31, 2012

Ritual Penutup Tahun 2012

Ritual Penutup Tahun 2012 ini saya letak “special” dekat blog Lizarazak.com. Sebenarnya, ini adalah entri 100% daripada Tumblr saya. Oleh kerana isinya sama, saya terus copy paste. Tak salah kan copy blog sendiri? hahahaha!! Dan ini entry personal, jadi penggunaan “aku dan kau” memang diperlukan. Sekian.

Ini namanya kemaskini kilat terakhir kali untuk tahun 2012.

Pertama, aku sedikit bangga sebab berjaya menulis diari ayam dengan hampir 98.2% menggunakan bahasa melayu tinggi. Walaupun aku sedar belum cukup tinggi mana, tapi untuk menyedapkan hati aku anggap saja aku berjaya.

Kedua, klise rasanya. Tapi, aku tetap tak nak ketinggalan macam semua orang buat. Apa yang aku berjaya buat sepanjang 2012 dan memberi kesan pada aku? Ada 3 yang major. Tunaikan umrah yang alhamdulillah antara yang agak baik sepanjang beberapa kali aku tunaikan umrah. Memang tidak akan sempurna sebab aku manusia tetapi untuk catatan peribadi, umrah tahun 2012 antara yang agak sempurna. Kedua, Jumlah solat cukup 5 waktu aku alhamdulillah ada peningkatan. Terima kasih, ya Rabb. Ketiga, buat pertama kalinya dalam hidup aku selama dua puluh lapan tahun aku merasa apa itu khusyuk dalam solat. Alhamdulillah sekali lagi dan aku tahu aku masih banyak kekurangan.
Tegurlah silap aku kalau kau betul bersahabat dengan aku Lillahi Taala ;)

Ketiga, aku tak tahu nak fahamkan kau untuk yang ketiga ini. Terlalu subjektif dan terlalu personal untuk aku. Mungkin. Jadi, kau anggap saja kau kena tipu dengan aku. Kemaskini kilat ini hanya ada 2 sahaja.

Sakit hati? Maaf tapi aku sengaja. hahahaha!

Selamat menikmati angin tahun baru, semoga kau tak berangin baca entry macam ni.

p/s: Oleh kerana bro Denaihati merupakan sifu saya dan beliau ada kemaskini Top 10 Entri Denaihati 2012 yang mana korang boleh baca di bawah ini, jadi saya pun terpanggillah juga nak ajak korang yang mana bergelar blogger…bolehlah rujuk blog Denaihati.com untuk dapatkan banyak informasi berkenaan ilmu blogging ni. TAK RUGI!

Wednesday, August 29, 2012

69,644,462 Views Untuk Youtube Gangnam Style

Youtube Gangnam Style nampaknya berjaya ya jadi fenomena. Video youtube gangnam style ni makin hari makin banyak pulak jumlah views. Fenomena baik atau tidak? Korang fikir macam mana? Hmmm fikir!



1 sisi nampak best sebab adalah juga muzik yang santai, lawak dan menghiburkan. Tapi, bila saya layan Youtube Gangnam Style ni lama-lama macam ada tak kena pun ya. Video klip yang original memanglah daripada orang bukan Islam, jadi kita tak boleh nak komen banyak sangat. Kan? Tapi, yang parody version kemain lagi ligat nampaknya.

Sekali tengok, bolehlah layan dengan tarian diorang tu tapi lama-lama layan rasa cam nak campak laptop pun ada jugak. hahahaha!!! Terkinja-kinja lain macam. Dah tak rupa manusia pun ya juga. huhuhu. Maaflah cakap macam ni tapi itu yang saya rasa bila layan Youtube Gangnam Style ni.

69,644,462 Views Untuk Youtube Gangnam Style ni je dah buktikan yang video klip memang dah jadi fenomena lah kan. Saya nak letak video klip ni dekat blog saya ni tapi atas dasar diri bahawasanya berkongsi perkara tak berapa nak elok pun akan menyumbangkan dosa kepada saya sendiri, jadi saya tak teruskan niat murni tu. hehehehe!!! Korang tengoklah sendiri ye kalau nak!

Sebagai ganti dengan kekecewaan korang yang tak dapat nak layan video Youtube Gangnam Style tu dekat blog saya ni, saya gantikan dengan 1 video klip yang saya jamin akan tambahkan pahala kita semua. Semoga hati kita lebih tenang hendaknya dengan video bacaan Al-Quran. hihihihi!!!

Saturday, August 11, 2012

Video Iklan Bernas Hari Raya 2012 Buat Ramai Menangis

Iklan Bernas Hari Raya 2012 kali ini sangat menyentuh hati. Menonton video iklan bernas hari raya ni buat saya hilang rasa malu nak menangis dekat tempat kerja. hehehehe!! Sedih tahu tak??

Iklan Bernas Hari Raya 2012 yang wajib ditonton oleh semua golongan. Kalau yang menonton video ni orang yang selama ni tak ada perasaan nak menangis, bolehlah jangan nak berlagak sangat kata TAK AKAN menangis. hahahaha!!! Saya yang paling tak suka menangis pun terasa sebak sampai saat ini tau.

Tadi, dekat Twitter ada kecoh sekejap pasal Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang. Saya sebagai manusia yang sudah kehilangan ayah, tempat bergantung kasih dan sayang, tempat sumber rezeki saya..memang terasa sangat sebak bila dapat tahu berita macam ni. Hmmm.

Oh ya, tadi saya dapat berita pemergian ayahanda pelakon Fouziah Gous. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sampai masa, semua kita ni akan pergi menghadap Illahi juga. Mati itu pasti.



Ramadhan dah nak habis, cerita sitkom Keluarga Iskandar makin menarik, kuih raya dah sibuk bertelap-telap, hari raya dah nak sampai. Persiapan semua korang dah siapkan ke?? Saya belum ada baju raya ok!! Hahahaha. Tudung raya kemain banyak. Tak apa, badan pun macam dah slim sikit ni lepas pekena proses KILLER. hahahaha!!

Oklah, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dah tak lama lagi nak menjelma ni ya. Adik-adik jangan beriya sangat main mercun, nanti putus jari tak dapat nak pungut duit raya!! Hah,  siapa yang susah nanti?? Selamat menonton video Iklan Bernas Hari Raya 2012 di atas ni juga.

Monday, June 25, 2012

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati Tawar 20000 Trafik Blog!

Eyriqazz vs Denaihati. Nah! Ada contest terbaru iaitu Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati!! Rugilah kalau tak join contest anjuran blogger hebat Eyriqazz ni. Dengar kata, Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dapat sambutan kan? Mari join!!!

Kali terakhir saya sertai contest Cabaran SEO ni dengan keyword “Pengalaman Kena Denda di sekolah” anjuran blogger Titan yang kaya sebab pandai buat duit dengan blog. hahahaha!!! Kalau tidak silap, Titan pun turut serta juga dalam Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini. Sila baca entry beliau. Dia hebat ok!!

Ada ke sesiapa yang tidak kenal siapa saudara Eyriqazz dan Denaihati ini ya? Alah, kesiannya. Mereka berdua ini merupakan bloggers hebat ok. Jangan buat lawak kalau tidak kenal. hahahaha!!! Ok, sebab saya rajin dan semangat sikit hari ini saya perkenalkanlah siapa mereka berdua pada korang ok.

Saudara Eyriqazz, merupakan abang kacak yang popular habis dengan kehebatan beliau menang bermacam-macam hadiah daripada Nuffnang. Bila ingat Nuffnang je, saya akan teringatlah muka abang kacak ini. hehehehe!!! Semoga ayat bodek tidak seberapa ini boleh buat saya menang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini. hahahahaha!!!!

Blogger Eyriqazz ini pernah buat saya terharu biru suatu masa dahulu. Apa tidaknya, beliau tinggalkan “review” di Alexa blog saya yang tidak seberapa ini ok. Kalau korang nak baca review tersebut, bolehlah baca di laman web Alexa saya dan kalau baik hati bolehlah tambah review. hehehehe!!! Nanti dah buat review, harap tinggalkan komen di sini untuk saya balas jasa baik itu. Chewah!

Denaihati pula siapa? Ok, beliau merupakan sifu saya dalam dunia blogging ini. Memang rajin sangat adakan contest hebat-hebat. Saya pernah tersenarai antara pemenang contest SEO anjuran beliau iaitu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang saya cukup kagum dengan beliau ialah cara beliau mengembangkan “network” dalam arena blogging ini sendiri. Hebat ok!

Saya nak sangat belajar cara bisnes dan blogging daripada Denaihati ni, tapi belum ada rezeki nak jumpa “face to face”. InsyaAllah 1 hari nanti kalau ada rezeki. Mana tahu kan? Orang kata, kalau nak cari ilmu kenalah usaha cari tok guru yang betul. hahahaha!!! Sekali lagi, saya harap dengan pujian ini dapatlah kiranya saya menang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. kikikikiki!

Oklah, sebenarnya ada lagi saya nak puji tapi tak larat pula saya nak menaip lagi. Jadi, apa kata korang yang belum turut serta dalam contest ini cepat-cepat siapkan 1 entry dan bolehlah kita sama-sama bersaing dan dalam yang sama belajar teknik SEO yang betul untuk menang contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ni ok.

Syarat-syarat Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati :

1. Buat satu entri bebas berkenaan keyword “Eyriqazz vs Denaihati” . Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Setiap bloggers boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
2. Linkkan entri tersebut ke entri ini.
3. Di akhir entri anda letak ayat ini ”Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.Com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net dan Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.com, kgbalimbang.blogspot.com, ciktom.com, muhasabahtrading.com dan PanduanServisBlog.com“
4. Cabaran Contest ini berlangsung sehingga 31 August 2012.
5. Tinggalkan permalink entri anda di blog denaihati.

Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci “Eyriqazz vs Denaihati” yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012.

Hadiah Pemenang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati :
1st Prize – RM200 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com )
2nd Prize – RM100 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
3rd-5 prize – 5,000 trafik dari Denaihati.com
Entri Pilihan terbaik – RM100 Cash

GOOD LUCK UNTUK SEMUA PESERTA CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI YA!!!!