Monday, December 31, 2012

Ritual Penutup Tahun 2012

Ritual Penutup Tahun 2012 ini saya letak “special” dekat blog Lizarazak.com. Sebenarnya, ini adalah entri 100% daripada Tumblr saya. Oleh kerana isinya sama, saya terus copy paste. Tak salah kan copy blog sendiri? hahahaha!! Dan ini entry personal, jadi penggunaan “aku dan kau” memang diperlukan. Sekian.

Ini namanya kemaskini kilat terakhir kali untuk tahun 2012.

Pertama, aku sedikit bangga sebab berjaya menulis diari ayam dengan hampir 98.2% menggunakan bahasa melayu tinggi. Walaupun aku sedar belum cukup tinggi mana, tapi untuk menyedapkan hati aku anggap saja aku berjaya.

Kedua, klise rasanya. Tapi, aku tetap tak nak ketinggalan macam semua orang buat. Apa yang aku berjaya buat sepanjang 2012 dan memberi kesan pada aku? Ada 3 yang major. Tunaikan umrah yang alhamdulillah antara yang agak baik sepanjang beberapa kali aku tunaikan umrah. Memang tidak akan sempurna sebab aku manusia tetapi untuk catatan peribadi, umrah tahun 2012 antara yang agak sempurna. Kedua, Jumlah solat cukup 5 waktu aku alhamdulillah ada peningkatan. Terima kasih, ya Rabb. Ketiga, buat pertama kalinya dalam hidup aku selama dua puluh lapan tahun aku merasa apa itu khusyuk dalam solat. Alhamdulillah sekali lagi dan aku tahu aku masih banyak kekurangan.
Tegurlah silap aku kalau kau betul bersahabat dengan aku Lillahi Taala ;)

Ketiga, aku tak tahu nak fahamkan kau untuk yang ketiga ini. Terlalu subjektif dan terlalu personal untuk aku. Mungkin. Jadi, kau anggap saja kau kena tipu dengan aku. Kemaskini kilat ini hanya ada 2 sahaja.

Sakit hati? Maaf tapi aku sengaja. hahahaha!

Selamat menikmati angin tahun baru, semoga kau tak berangin baca entry macam ni.

p/s: Oleh kerana bro Denaihati merupakan sifu saya dan beliau ada kemaskini Top 10 Entri Denaihati 2012 yang mana korang boleh baca di bawah ini, jadi saya pun terpanggillah juga nak ajak korang yang mana bergelar blogger…bolehlah rujuk blog Denaihati.com untuk dapatkan banyak informasi berkenaan ilmu blogging ni. TAK RUGI!

No comments:

Post a Comment