Friday, October 8, 2010

Tahniah Tan Sri

Catatan ringkas di awal pagi Jumaat ini, masih belum terlambat bagi blog ni mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang telah dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bermula hujung bulan Oktober ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Nasional Malaysia (Bernama).



Kalau ada di kalangan pelawat dan rakan yang perasan blog ini dahulu menggunakan tagline ‘Confident in Humble Way‘. Kata-kata tersebut sebenarnya datangnya dari ucapan Tan Sri Dr Zulkurnain pada tahun 2001 dahulu. Kebetulan pada masa tu saya merupakan peserta yang mendengar taklimat beliau semasa mula-mula memasuki alam pekerjaan.

Secara ringkasnya maksud Confident in Humble Way adalah sebagai seorang individu kita patut menunjukkan keyakinan diri dalam apa saja urusan seharian namun pada masa yang sama tidak sampai ke tahap menjadi sifat ego dan sombong. Kerana sememangnya sifat sombong, angkuh, ego dan seumpama dengannya bermula dari ‘terlebih’ sifat keyakinan diri (Excessive self confidence).

Satu lagi pesanan Tan Sri Dr Zulkurnain yang masih saya ingat sehingga sekarang adalah amalan untuk memudahkan segala urusan, petuanya cukup mudah, setiap malam sebelum tidur bacalah sekurang-kurangnya satu halaman daripada kitab suci Al-quran, pastinya segala urusan dan maslahah kita dipermudahkan. Juga sebagai petua untuk menguatkan daya ingatan dan memori.

No comments:

Post a Comment