Setiap kali melakukan pencarian untuk menaiktaraf blog, maka saya akan dapat melihat senarai-senarai nasihat yang boleh digunapakai untuk memantapkan blog dan menambah kunjungan pembaca ke blo,ianya disediakan oleh banyak blog SEO diluar sana. Antara yang paling popular dicadangkan oleh pakar ialah ” Perlu Update Setiap Hari“.
Ini antara advice yang diberikan oleh sesetengah Blogger SEO tersebut, dan sebenarnya ia ada kelebihan dan ada kekurangannya dalam dunia blogging. Mari sama-sama kita pelajari perkara ini untuk memantapkan lagi Blog kita.
Ramai orang menyangka update setiap hari adalah jalan untuk meningkatkan traffic kerana pembaca tidak akan bosan melayari web kita setiap hari.Namun sedar atau tidak perkara ini ada keburukan dan kebaikan yang boleh memudaratkan bilangan pengunjung ke blog kita.Apa sebabnya?
Kebaikan :
- Pengunjung sentiasa gembira melayari blog kita bila ada sahaja perkara baru setiap hari
- Dapat menambah pembaca jika melibatkan isu sesama melalui carian google
- Membuatkan blog sentiasa update dan hidup
- Pengunjung sukakan perkara baru setiap hari
Keburukan :
- Penulis blog akan menghadapi tekanan berikutan perlu memikirkan apa yang nak di update
- Kualiti setiap post tidak dapat ditetapkan berikutan terlalu banyak update
- Update setiap hari dengar seperti menarik namun ia menyiksa jiwa seorang blogger
- Penulisan menjadi karut dan kacau bilau kerana kurang tumpuan dari blogger
- Menyebabkan kebosanan pada blogger
Petua
Pastikan anda mempunyai target mingguan. Sebagai contoh targetkan dalam seminggu 4 kali update atau sebagainya.Ini mengelakkan anda menghadapi tekanan di samping dapat mengekalkan jumlah update pada kitaran yang normal.Jangan tekankan diri anda untuk update setiap hari kecuali anda membuat portal hiburan/berita.
No comments:
Post a Comment