Friday, January 12, 2018

Virus Zika Bahaya Pada Kandungan Ibu Hamil

Nyamuk Aedes merupakan agen yang menyebarkan virus Zika yang berasal dari keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus. Manusia yang dijangkiti virus ini akan mendapat sakit ringan iaitu demam Zika. Sejak tahun 1950an, penyakit yang berasal dari kawasan Khatulistiwa Afrika dan Asia ini tidak boleh dicegah dengan vaksin atau ubat. Ia jauh lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan demam denggi. Walau bagaimana pun, virus zika bahaya pada kandungan ibu hamil.



Berasal dari hutan Zika, virus ini ditemui pada seekor monyet di Uganda pada tahun 1947. Dikatakan Zika berkaitan dengan penyakit demam kuning dan virus Nil Barat yang diangkut oleh flavivirus yang dibawa artropod yang lain. Sejak tahun 2014 hingga 2015, virus Zika mula tersebar ke kawasan berikut :

- Timur Lautan Pasifik
- Polinesia Perancis
- Pulau Easter
- Amerika Tengah
- Caribbean
- Amerika Selatan

Simptom penyakit akibat virus Zika

Sumber daripada pakar kesihatan mengatakan bahawa mereka yang mendapat jangkitan virus Zika akan mendapat tanda-tanda seperti :

- Gatal-gatal seperti ruam
- Mata kemerah-merahan
- Demam

Semua simptom di atas berlaku kurang daripada 7 hari.

Jangan biarkan bayi anda menanggung derita akibat virus Zika.

Dikatakan virus Zika yang menimpa seorang wanita mengandung di Brazil lalu mengakibatkan anak yang lahir mengalami kecacatan di kepala. Gejala yang dinamakan microcephaly ini menyebabkan kepala bayi yang baru lahir memiliki saiz kepala yang lebih kecil dari bayi normal. Dikhuatiri otak bayi tersebut tidak dapat berkembang dengan baik.

Virus Zika berkembang seiring dengan gejala microcephaly dan ianya masih dalam peringkat kajian sama ada ianya berkait atau tidak di antara kedua-duanya.

Mencegah virus Zika daripada menular

Pakai baju dan seluar panjang untuk mengelakkan dari digigit nyamuk di siang hari. Selain itu, hapuskan tempat yang menjadi sarang nyamuk membiak.

No comments:

Post a Comment