Dua tahun lepas saya suka sangat tengok drama Ular Emas kat TV9 untuk siaran ulangan waktu malam. Siaran asal main kat TV3 waktu petang. Minat cerita tu pun sebab dua watak je iaitu watak yang dilakonkan oleh Yatt Hamzah dan juga seorang lagi watak ustaz, saya lupa nama pelakon tu. Suka sangat tengok watak Yatt yang lemah lembut dan sangat menjaga aurat serta tatasusilanya sebagai seorang Muslimah. Melalui drama Ular Emaslah baru saya kenal pelakon yang bernama Yatt Hamzah. Sebelum tu hanya pernah dengar nama je tapi tak pernah tengok dia berlakon. Maklumlah, saya bukan peminat drama Melayu sebenarnya hehe.
Sumber foto: Sinarharian
Saya ingat Yatt Hamzah ni betul-betul bertudung, rupanya tak selepas tengok lakonannya dalam satu drama secara tak sengaja. Watak tu terbalik 180 darjah dengan watak Yatt dalam Ular Emas. Kira versatile jugalah Yatt ni, takdelah berlakon sepesen je.
Tapi sekarang Yatt Hamzah dah mula bertudung selepas Abby Abadi baru-baru ni sekembalinya beliau dari menunaikan umrah. Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Binti Hamzah mula mengenakan tudung selepas pulang dari kelas usrah.
“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.”
“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”
Menurut Yatt, keputusan beliau untuk menutup aurat adalah kerana Allah s.w.t., bukan dipaksa sesiapa. Alhamdulillah, itu yang kita nak dengar sebenarnya. Ada artis lain bertudung kerana dah bersuami. Bila cerai, bukak tudung balik. Dari situ kita boleh nampak keikhlasannya untuk bertudung, adakah kerana iman atau suruhan.
Manis sungguh bila Yatt dah bertudung ni. Barulah sesuai dengan watak yang dipegang oleh beliau dalam drama Ular Emas dulu. Semoga Yatt istiqamah dalam perubahan ni.

No comments:
Post a Comment