Sunday, May 20, 2018

Petua Hilangkan Batuk

Batuk merupakan satu penyakit yang sinonim di seluruh dunia dan tiada kecuali di rantau ini. Semua orang mesti pernah mengalami penyakit batuk-batuk biarpun kanak-kanak atau orang dewasa. Saya sendiri pun baru saja sembuh dari penyakit ini. Jadi saya rasa “terpanggil” pula untuk berkongsi sikit petua untuk hilangkan batuk supaya dapat bermanfaat bagi semua pembaca.

Di bawah merupakan makanan dan minuman yang boleh diambil untuk menghilangkan penyakit batuk seseorang:

1. Makanan Yang Pedas
Orang tua-tua selalu kata makanan pedas memburukkan lagi batuk,tetapi itu adalah mitos. Makanan pedas seperti cili sebenarnya baik dimakan ketika batuk. Capsaicin ialah kimia dalam makanan pedas yang mampu menipiskan kahak.

2. Sup Ayam
Sup ayam mempunyai kesan anti-radang dan menyejukkan tekak anda. Mikronutrien dalam bahan-bahan sup ayam tersebut juga baik untuk sistem imun tubuh.

3. Minum Air
Setiap kali kita sakit,tubuh kita akan kehilangan air lebih banyak berbanding ketika tidak sakit,jadi pastikan anda meminum air yang lebih.Tetapi elakkan minum air sejuk ketika batuk.Air suam atau suhu bilik sangat sesuai.

4. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk sistem imun tubuh. Mengambil makanan kaya Vitamin C ketika sakit sangat berkesan. Antara makanan yang kaya Vitamin C ialah betik, brokoli, tomato, limau, kiwi, lobak, kobis, nenas, bawang putih dan banyak lagi.

5. Minum Teh
Teh hangat yang dicampur madu juga sangat berkesan untuk melegakan batuk.Teh menenangkan otot-otot pada tekak sementara madu menjadi lapisan pelindung sementara bagi tekak.
 
Elakkan juga minum minuman berkafein, susu dan soda. Susu bertindak balas menebalkan kahak. Dapatkan tidur yang cukup kerana ketika tidurlah proses penyembuhan berlaku. Sekiranya batuk anda berlarutan lebih dari 2 minggu, segeralah berjumpa doktor.



Semoga petua hilangkan batuk ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah ini.

Jika apa yang saya kongsikan tidak dapat menyembuhkan, boleh juga anda rujuk kepada 10 cara dan petua untuk hilangkan batuk dan sakit tekak ini.

No comments:

Post a Comment