Thursday, April 26, 2018

Bantulah Angah - Penghidap Leukimia

Pada masa kita sedang menunggu dan teruja untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Ada insan lain sedang menanggung beban, berdoa, berusaha setiap saat. Langkah setapak demi setapak adalah demi langkah di hadapan yang diberikan harapan menggunung. Masa baginya adalah harapan menuju kesihatan, menuju rahmat Allah. Tapi ia perlukan bantuan, bantuan daripada saudara-saudaranya untuk meringankan beban ibu bapa nya. Angah tidak boleh bekerja mencari duit, Angah masih kecil.  Angah sakit.

Menurut ayah Angah, doktor tak memberi harapan yang tinggi untuk Angah, sebab Angah dah dua tahun menghidap Leukimia. Siapa lagi yang mahu memberi harapan kepada Angah, takkanlah Angah yang masih mentah itu kena berharap kepada dirinya sendiri sahaja.

Takkanlah kita yang dah besar ni biarkan Angah  sendirian memahami kesakitan itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selain daripada sel mati yang berada di punggungnya perlu dibuang, Angah juga menghidap leukimia dan baru-baru ni, Angah demam. Untuk pembedahan pada pagi ni, doktor tebuk lubang kat perut Angah untuk memudahkan Angah buang air. Tiada siapa yang nak perutnya ditebuk, tiada siapa yang nak sakit yang bertimpa-timpa.

Tidak ramai orang yang akan bertahan dengan keadaan seumpama itu. Angah sangat kuat. Samalah juga dengan orang-orang yang senasib dengannya. Takpe Angah, pasti ada hikmahnya. Kinayah dan pertolongan Allah datang kepada hamba-Nya yang tidak putus asa meminta kepada-Nya. Angah, tiada yang mustahil bagi-Nya.

Jom berdoa untuk Angah dan insan yang senasib dengannya demi kesihatan mereka dan kita semua. Dan kalau ada kemampuan, berilah bantuan dengan apa yang kita mampu.

Bangga dengan rakyat Malaysia yang prihatin dengan orang lain. :)

Semoga doa kita dimakbulkan oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment