Akhirnya saya berjaya jugak menjadi salah seorang diantara 12000 pemilik yonex voltric z force (ZF88) limited edition ini. Pasti ramai yang nak tahu kan kenapa raket ini dinamakan limited edition.
Raket ini dibuat dalam kuantiti terhad iaitu lebih kurang 12000 unit sempena memperingati hari ulang tahun pengasas Yonex iaitu Minoru Yoneyama. Kalau nak tahu pasal Minoru Yoneyama boleh baca kat wiki – Yonex.
Walaupun saya taklah pandai sangat dalam permainan badminton ini tetapi bolehlah kalau sesiapa nak keluarkan peluh ataupun nak belajar menahan smash dari saya.hahaha..Apapun saya memang berpuas hati dengan spesifikasi dan persembahan raket Yonex ini. Baru first time guna jer nie.
Secara umumnya raket ini adalah jenis head heavy. Korang tahu tak apa itu head heavy? Head heavy nie ialah jenis kepala berat, ringkasnya kalau kita pukul bola insha allah ianya akan cepat menjunam apalagi kalau menyemash.
Raket hanya ada 12000 unit sahaja dan nombor siri raket ini ialah 03416/12000. Jadi kalau yang ingin menyimpan raket ini sebagai kenangan cepat-cepatlah cari di kedai yonex sebelum kehabisan.

No comments:
Post a Comment